Wanita seberat 220 kilogram (kg) dipindahkan dari HRPB di sini ke rumahnya di Chemor dengan bantuan bomba, hari ini. FOTO ihsan bomba
Farah Suhaidah Othman
am@hmetro.com.my


Ipoh : Wanita seberat 220 kilogram (kg) dipindahkan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini ke rumahnya di Chemor dengan bantuan bomba selepas menerima rawatan di hospital berkenaan petang hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata pihaknya menerima maklumat daripada HRPB jam 7.15 malam meminta bantuan mengangkat dan membawa pulang seorang wanita berusia 35 tahun yang dibenarkan keluar selepas dirawat di hospital itu.

Katanya, seramai kira-kira 12 pegawai dan anggota bomba dari balai berkenaan bergegas ke hospital untuk memberi bantuan khidmat khas mengangkat mangsa yang dianggarkan seberat 220 kg itu.

“Anggota bomba menggunakan kain kanvas untuk mengalas mangsa sebelum mengangkatnya ke dalam lori milik bomba.

“€œWanita berkenaan dihantar ke rumahnya di Taman Chepor Damai, Chemor dekat sini dalam keadaan selamat dan operasi memindahkan mangsa tamat kira-kira 9 malam,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 10:41 PM