Ee Kee (dua dari kiri) bersama krew JJCM. FOTO HM/ZUNNUR Al Shafiq
Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pengguna telefon pintar boleh memberi sumbangan bagi membiayai hidangan berbuka puasa empat rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan ini menerusi aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM).

Sumbangan di bawah kempen #SeringgitSeribuKebaikan anjuran Media Prima Digital itu membolehkan pengguna menyumbang sebanyak RM1 hingga RM10.

Pengurus aplikasi JJCM, Li Ee Kee berkata, juadah istimewa akan disediakan 20 restoran atau trak makanan terpilih.

"Kami mahu memberi peluang kepada golongan memerlukan untuk menikmati juadah berbuka enak bagi setiap Isnin hingga Jumaat, selama empat minggu.

"Orang ramai boleh mula membuat sumbangan mulai 1 hingga 31 Mei ini," katanya.

Li berkata, pada Ramadan ini juga, pihaknya akan ke Terengganu dan Johor bagi menyampaikan hasil sumbangan #SeringgitSeribuKebaikan kepada dua rumah kebajikan.

Selain aplikasi JJCM, orang ramai boleh menyampaikan sumbangan dengan melayari laman web www.CJWowShop.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 10:47 PM