EREMA (kanan) kerap berbasikal.

Ini pula foto penyanyi Sarawak yang lama menyepi, Dayang Erema.

Dia yang juga balu penulis lirik Allahyarham Seri Bayu kelihatan semakin cantik dan rajin beriadah.

Antaranya Erema suka ke pantai indah dan berbasikal dengan sahabat baiknya di pinggir hutan.

Baguslah sebab dia khabarnya mahu cari ilham dan stamina untuk kembali merakamkan lagu baru. Papa tunggu kemunculan semula Erema yang dulu terkenal dengan lagu Pelita Di Bawah Purnama ciptaan Ajai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 3:08 AM