mutakhir

Ajal ibu, anak

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

IBU dan anak maut manakala tiga cedera dan lima selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Simpang Pertang-Simpang Durian, Jelebu, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 4.42 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi.

"Seorang wanita berusia 60-an dan anak lelaki berusia 29 tahun yang menaiki Proton Iswara maut manakala cucu lelaki berusia lima tahun cedera. Turut cedera dua lelaki yang menaiki Perodua Alza.

"Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lelaki yang menaiki Proton Saga BLM tidak cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat.

Beliau berkata, pihaknya masih belum memperoleh identiti semua mangsa terbabit.

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 7:02pm
d