global

Pekerja Palestin mogok, Tebing Barat lumpuh

Ramallah: Pekerja Palestin semalam melancarkan mogok umum sebagai menyokong tahanan yang mogok lapar di penjara Israel sejak lebih sebulan lalu.

Mogok yang dilancarkan semalam melumpuhkan Baitulmaqdis Timur serta beberapa bandar di Tebing Barat dan kawasan pinggirnya dengan hampir semua kedai ditutup.

Menurut koresponden AFP, mogok itu disertai pekerja awam dan juga swasta.

Tindakan itu bagi menyahut gesaan jawatankuasa menyokong mogok lapar tahanan Palestin dan diadakan serentak dengan ketibaan Presiden Amerika Syarikat di Israel.

Lebih 1,000 tahanan Palestin di penjara di Israel melancarkan mogok lapar sejak 17 April lalu kerana menuntut layanan lebih baik di penjara. - Agensi

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 1:39pm
d