Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my


Johor Bahru: Kecederaan Safiq Rahim tidak menjejaskan perancangan pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Bojan Hodak (gambar) yang kini membuat persiapan rapi bagi memulakan kempen Liga Super, hujung bulan ini.

Hodak yang ditemui Arena Metro, di Padang Seri Gelam, semalam berkata, Safiq yang tidak diturunkan pada empat aksi persahabatan pramusim di Australia, baru-baru ini, sekadar menjalani latihan ringan dan akan mendapat rawatan susulan, hari ini.

Beliau berkata, tindakannya tidak menurunkan pemain tengah skuad Harimau Selatan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kecederaan lebih serius ketika saingan liga menyingkap tirai tiga minggu lagi.

“Saya tidak mahu ambil risiko menyenaraikan Safiq pada aksi persahabatan di Australia. Saya mahu pemain itu cergas sepenuhnya untuk berada dalam kesebelasan utama Johor DT.

“Sepanjang aksi persahabatan di Australia, saya sudah kenal pasti 13 pemain yang mampu beraksi dalam skuad utama. Tapi saya tetap beri peluang kepada pemain lain untuk bekerja keras bagi merebut tempat.

“Walaupun kami gagal menang selepas tewas dua dan seri dua perlawanan, saya puas hati dengan pemain diturunkan selepas mereka beraksi dengan konsisten,” katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 January 2015 @ 6:21 AM