mutakhir

Dua sahabat ke tali gantung

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

DUA sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh seorang pengawal keselamatan di belakang sebuah restoran di Medan Klebang Restu, Chemor, Ipoh, dua tahun lalu.

Keputusan itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, SM Komathy Suppiah terhadap R Saravanan, 35, dan K Ganesan, 47, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan.

Saravanan dan Ganesan didakwa bersama-sama membunuh K Gobinathan, 46, di belakang Restoran Nashmeer, Laluan Klebang Restu 2, Medan Klebang Restu, pada 5 Julai 2015, kira-kira 12 tengah hari hingga 1 petang.

Mereka yang didakwa secara berasingan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffery Ong manakala Saravanan diwakili peguam M Saravanan dan Ganesan pula diwakili Charan Singh.

Disiarkan pada: June 16, 2017 @ 4:42pm
d