utama

Sampai hati ibu...

Oleh Mohd Hasbi Sidek

MAYAT bayi lelaki dianggarkan berusia sebulan ditemui dalam tong sampah di hadapan kedai di Jalan Mutiara 1/1, Taman Mutiara Indah, Puchong, hari ini.

Mayat bayi berkenaan ditemui pekerja pembersihan ketika mengutip sampah di lokasi kira-kira 8 pagi.

Difahamkan mayat dibungkus dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah berkenaan.

Pekerja pembersihan meletakkan plastik itu ke dalam lori sampah sebelum menyedari terdapat mayat bayi didalamnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada seorang lelaki mengenai penemuan itu.

"Sepasukan polis ke lokasi untuk melakukan siasatan berhubung ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

Disiarkan pada: July 4, 2017 @ 2:52pm
d