mutakhir

Dituduh kemuka dokumen palsu

Oleh HM Digital

Shah Alam: Seorang bekas pengurus projek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan projek naik taraf infrastruktur plaza tol bernilai RM1.98 juta antara Oktober 2014 hingga Julai 2015.

Tertuduh, Mohd Farouk A Manap, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu Pengarah Syarikat Tirai Jitu (M) Sdn Bhd untuk mempercayai dokumen Sijil Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah tulen bagi mendapatkan projek menaik taraf Plaza Tol Skudai, Johor.

Perbuatan yang mendorong pengarah itu membayar RM5,000 kepada tertuduh dilakukan di Batu Caves Centre Point, Gombak, 31 Oktober 2014.

Disiarkan pada: October 24, 2017 @ 5:23am
d