utama

Pengsan tak makan katanya

Oleh Adnan Ibrahim

HASRAT gadis menawan Gunung Lambak di Kluang, Johor bersama rakannya tidak kesampaian selepas dia kehabisan tenaga dan pengsan pada ketingginan 900 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek, berkata Salsabila Hamdan, 23, mendaki gunung itu bersama 23 rakannya, pada kira-kira 9 pagi.

Menurutnya, Salsabila adalah penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Katanya, mangsa dipercayai tidak menjamah sebarang makanan sebelum menaiki gunung itu menyebabkan dia kehabisan tenaga.

“Menyedari mangsa keletihan sebelum pengsan, rakannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang. Sepasukan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dibawa turun pada 10.34 pagi. Dia kemudian dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Difahamkan, semua ahli kelab mendaki itu membatalkan pendakian mereka susulan insiden itu.

Disiarkan pada: November 25, 2017 @ 1:18pm
d