mutakhir

22 penerbangan dibatalkan

Oleh Hayati Ibrahim

DUA puluh dua penerbangan dari dan ke Bali serta Lombok, Indonesia dibatalkan hari ini berikutan letusan gunung berapi Agung di Bali Sabtu lalu.

Pengurus Besar Operasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Mohd Arif Jaafar berkata, pembatalan itu membabitkan empat penerbangan iaitu pesawat Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air dan Batik Air.

"Ia membabitkan enam ketibaan dan tujuh pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Selain itu, empat ketibaan dan lima pelepasan di klia2 turut dibatalkan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di sekitar terminal utama KLIA hari ini mendapati, tiada penumpang yang terkandas di lapangan terbang itu

Malah, syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines turut mengambil inisiatif memaparkan maklumat mengenai pembatalan itu di kaunter daftar masuk masing-masing.

Disiarkan pada: November 27, 2017 @ 7:24pm
d