Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Memukau bro! Begitulah gambaran penulis sejurus melihat pikap mini daripada Daihatsu Mira selepas dimodifikasi secara ekstrem.
Ini kerana jentera kali ini adalah kategori K-Car yang diubah suai ke konsep pikap mini sehingga kelihatan unik dan berbeza.
Mengekalkan badan asal Mira L70 buatan 1990, rupa jentera berubah sama sekali selepas dinaik taraf ke Mira L5 Classic.
Lebih memukau bahagian kerusi belakang dibuang sehingga membentuk ruang kargo untuk membawa muatan.
Ini menjadikan jentera comel ini tidak ubah seperti jentera pikap bersaiz kecil.
Pemilik jentera yang mahu dikenali sebagai Iedol Chintaphen, 39, berkata dia membelanjakan lebih RM20,000 untuk menjelmakan jentera kesayangannya kepada model Daihatsu Mira.
Antara komponen Daihatsu Mira yang dikacuk pada jentera ini ialah kit badan Mira L5 Classic, spoiler belakang Mira L512, spoiler tengah Mira L502, suspensi Mira L500 dan brek Mira L200.
Tidak cukup dengan itu, jentera ini menggunakan enjin EF-Det Mira Gino 660cc dengan padanan kit turbo TD04 bersama injap pelepas HKS-SSQV.
Ruangan dalaman jentera ini juga mengalami perubahan ekstrem dan memukau apabila papan pemuka Opti Classic dengan padanan stereng Mira Gino.
Tempat duduk Mira L5 Classic memastikan keselesaan pemandu dan penumpang hadapan sepanjang perjalanan.
Beberapa aksesori tambahan turut dimuatkan seperti perumah lampu, gril dan emblem bersalut krom, karpet Union Jack mini dan tombol gear bentuk tengkorak binaan khas.
Penggunan rim Borbet 15 inci dengan tayar Silverstone FTZ 175/50/R15 menjadikan jentera tampak menawan dan garang dengan sepasang ekzos binaan khas pada sisi jentera.
Menurut Iedol, jentera berkenaan adalah hasil sentuhan empat bengkel ubah suai kecuali rupa bentuk adalah hasil ilham dan nukilannya sendiri.
SPESIFIKASI:
Daihatsu Mira L70 1990
Konsep: Daihatsu Mira L5 Classic Pickup
Enjin: EF-Det Mira Gino 660cc
Kit turbo TD04
Injap Pelepas HKS-SSQV
Ekzos: kustom
Kit badan: Mira L5 Classic
Spoiler belakang: Mira L512
Spoiler tengah: Mira L502
Suspensi: Mira L500
Brek: Mira L200
Ruang kargo: kustom
Papan pemuka: Opti Classic
Stereng: Mira L5
Tombol: gear kustom
Rim: Borbet 15 inci
Kos modifikasi: RM20,000