utama

Dewan Rakyat: Kit Siang digantung 6 bulan [METROTV]

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; Meor Riduwan Meor Ahmad; Adib Povera; Mohd Iskandar Ibrahim; Hidir Reduan

AHLI Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu berikutan kedegilan wakil rakyat pembangkang itu yang enggan mematuhi arahan selain terus mengganggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pandikar Amin menggunakan kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (3) selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan usul penggantungan terbabit.

Disiarkan pada: March 28, 2018 @ 1:07pm
d