utama

[UPDATE] Tiada mangsa terperangkap [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

BOMBA mengesahkan tiada sebarang mangsa yang terperangkap dalam kebakaran membabitkan empat gudang berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.50 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Siasatan mendapati tiada mangsa terperangkap atau mengalami sebarang kecederaan.

“Kebakaran membabitkan gudang barang lusuh, gudang makanan ringan, gudang perabot dan gudang barangan elektrik.

“Siasatan awal mendapati api berpunca daripada gudang barang lusuh dan seterusnya merebak ke tiga gudang lain,,” katanya pada sindang media di lokasi kejadian.

Saidon berkata, pihaknya menjangka api dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh dua hingga ke tiga jam.

Berita berkaitan:

Empat kilang hangus

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 2:13am
d