mutakhir

Adnan sebak umum gugur 3 penyandang [METROTV]

Oleh Abdul Razak Raaff; T N Alagesh; Amin Ridzuan Ishak; Nik Sukry Ramli; Raja Norain Hidayah Abd Aziz; Mohd Azim Fitri Abd Aziz dan Asrol Awang

“SAYA sedih dengan tiga rakan kita iaitu Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar), Datuk Seri Maznah Mazlan (Muadzam Shah) dan Datuk Lau Lee (Damak) yang berjiwa besar serta datang bersama kita hari ini,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob

Dalam keadaan sebak beliau mengumumkan tiga penyandang kerusi DUN terbabit digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Mereka langsung tidak menunjukkan sikap dendam dan hadir untuk beri sokongan, saya harap calon baharu jangan ketepikan mereka dan beri ruang untuk membantu kemenangan.

“Saya sedih dan saya tidak akan lupakan kawan-kawan saya ini,” katanya yang sebak ketika mengumumkan perkara itu pada majlis pengumuman dan penyerahan watikah kepada calon BN bagi PRU-14.

Untuk PRU-14, Ahmad Shukri akan digantikan oleh Nazri Ngah, Maznah (Ir Razali Kassim) dan Lee (Datuk Natalie Lim Chong Ly).

Adnan berkata, pemilihan calon BN Pahang itu melalui proses yang teliti bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dipilih untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-14.

“Pengerusi BN berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak dua kali dan selepas itu kita bertemu pula dengan presiden komponen BN untuk menentukan kesesuaian calon.

“Ia bukan mudah dan teliti dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, berkata antara kelainan ditampilkan untuk calon BN Pahang kali ini adalah meletakkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin di dua kerusi iaitu Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang disandangnya ketika ini.

“Kita berharap BN mampu untuk merampas semula Parlimen Temerloh dan Kuala Semantan,” katanya.

SENARAI PENUH CALON BN PAHANG

.

P078 CAMERON HIGHLANDS

*Datuk C Sivarraajh

N01 TANAH RATA

*Leong Tack Man (muka baharu)

N02 JELAI

*Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

.

P079 LIPIS

*Datuk Abdul Rahman Mohamad

N03 PADANG TENGKU

*Datuk Mustapa Long

N04 CHEKA

*Lee Ah Wong (muka baharu)

N05 BENTA

*Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak

.

P80 RAUB

*Datin Paduka Chew Mei Fun

N06 BATU TALAM

*Datuk Abd Aziz Mat Kiram

N07 TRAS

*Eng Leck Pong (muka baharu)

N08 DONG

*Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin

.

P81 JERANTUT

*Datuk Ahmad Nazlan Idris

N09 TAHAN

*Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak

N10 DAMAK

*Datuk Natalie Lim Chong Ly (muka baharu)

N11 PULAU TAWAR

*Nadzri Ngah (muka baharu)

.

P82 INDERA MAHKOTA

*Datuk Johan Mat Shah (muka baharu)

N12 BESERAH

*Datuk Suhaimi Sulong (muka baharu)

N13 SEMAMBU

*Quek Tai Seong (muka baharu)

.

P083 KUANTAN

*Datuk Andrew Wong Kean Hwee (muka baharu)

N14 TERUNTUM

*Tee Choon Ser (muka baharu)

N15 TANJUNG LUMPUR

*Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad

N16 INDERAPURA

*Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif

.

P084 PAYA BESAR

*Mohd Shahar Abdullah (muka baharu)

N17 SUNGAI LEMBING

*Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah

N18 LEPAR

*Abd Rahim Muda (muka baharu)

N19 PANCHING

*Datuk Mohd Zaili Besar

.

P085 PEKAN

*Datuk Seri Najib Razak

N20 PULAU MANIS

*Datuk Khairuddin Mahmud

N21 PERAMU JAYA

*Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali

N22 BEBAR

*Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

N23 CHINI

*Datuk Seri Abu Bakar Harun

.

P086 MARAN

*Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib

N24 LUIT

*Nurhidayah Mohamad Shahaimi

N25 KUALA SENTUL

*Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

N26 CHENOR

*Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail

.

P087 KUALA KRAU

*Datuk Seri Ismail Mohamed Said

N27 JENDERAK

*Datuk Mohamed Jaafar

N28 KERDAU

*Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad

N29 JENGKA

*Datuk Wan Salman Ismail

.

P088 TEMERLOH

*Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin

N30 MENTAKAB

*Datuk Wong Tat Chee

N31 LANCHANG

*Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin

N32 KUALA SEMANTAN

*Datuk Azmi Mat Ludin (muka baharu)

.

P.089 BENTONG

*Datuk Seri Liow Tiong Lai

N.33 BILUT

*Jason Poo Mun Hoong (muka baharu)

N.34 KETARI

*Datuk Lau Hoi Keong (muka baharu)

N.35 SABAI

*Datuk R Goonasakaren

N.36 PELANGAI

*Datuk Seri Adnan Yaakob

.

P.90 BERA

*Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

N.37 GUAI

*Datuk Seri Norol Azali Sulaiman

N.38 TRIANG

*Tan Tin Loon

N.39 KEMAYAN

*Datuk Mohd Fadil Osman

.

P.091 ROMPIN

*Datuk Hasan Arifin

N.40 BUKIT IBAM

*belum diumumkan

N.41 MUADZAM SHAH

*Razali Kassim (muka baharu)

N.42 TIOMAN

*Datuk Seri Mohd Johari Hussain

Disiarkan pada: April 26, 2018 @ 2:51pm
d