mutakhir

Nik Omar tewas di Chempaka

Oleh Rosliza Mohamed

CALON PKR Nik Omar Nik Aziz tewas dalam pertembungan tiga penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Nik Omar yang mewakili pakatan pembangkang tewas selepas hanya memperoleh 2,418 undi, jauh ketinggalan di belakang dua pencabarnya.

Keputusan sekali gus menyaksikan calon PAS Ahmad Fathan Mahmood yang juga penyandang kerusi dengan jumlah undi 10,549 undi.

Manakala, calon BN Mohd Fareez Nor Amran pula memperolehi 7,075 undi. Ahmad Fathan memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,474 undi.

PAS juga berjaya mempertahankan DUN Panchor dengan kemenangan besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang memperolehi 13,597 undi.

Disiarkan pada: May 10, 2018 @ 1:40am
d