mutakhir

Siasat individu hina Agong

Oleh Rosliza Mohamed

SATU laporan polis dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terhadap individu yang didakwa menghina Yang Dipertuan Agong dengan gelaran yang tidak sepatutnya, hari ini.

NGO terbabit, Info Semasa Kubang Kerian (ISKK), terkilan dan kesal apabila individu itu yang menggunakan nama ‘Stephen Kueh’ di Facebook, menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pengerusi ISKK, Mohamad Afandi Mohamad berkata, penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong itu tidak sepatutnya berlaku oleh rakyat negara ini.

“Kita harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu terbabit.

“Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya tidak biadap,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kubang Keriandi sini, hari ini.

Seramai 50 ahli ISKK hadir memberi sokongan kepada Mohamad Afandi untuk membuat laporan polis pada 9.30 pagi ini.

Mohamad Afandi berkata, pihaknya membuat laporan polis itu selepas ia tular semalam.

Disiarkan pada: May 16, 2018 @ 1:28pm
d