bisnes

Great Eastern Life iktiraf 2,364 ejen

Oleh Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd (Great Eastern Life), syarikat insurans hayat baru-baru ini mengiktiraf seramai 2,364 ejennya pada satu majlis Malam Anugerah Supremacy Summit 2017.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, seramai 191 ejen menerima anugerah Million Dollar Round Table (MDRT), Court of the Table (COT) dan Top of the Table (TOT) pada tahun ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Great Eastern Life, Khor Hock Seng dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life, Datuk Koh Yaw Hui.

Disiarkan pada: May 18, 2018 @ 9:37am
d