arena

Gimenez terlepas jumpa tuan rumah

Oleh AFP

NIZHNIY NOVGOROD, Russia: Pertahanan Uruguay, Jose Maria Gimenez tersisih dalam aksi menentang Russia bagi menentukan juara Kumpulan A susulan kecederaan peha.

“Pertahanan tengah Atletico Madrid berkenaan tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Russia,” menurut Persatuan Bolasepak Uruguay menerusi satu kenyataan.

Perlawanan akan berlangsung malam esok.

Kedua-dua pasukan memenangi dua aksi awal namun tuan rumah mendahului dengan perbezaan gol.

Uruguay dan Russia sudah layak ke pusingan kedua dan bakal bertemu Portugal, Sepanyol atau Iran bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir Kumpulan B.

Uruguay menewaskan Mesir dan Arab Saudi dengan keputusan 1-0.

Gimenez meledak jaringan kemenangan pada perlawanan pertama.

Disiarkan pada: June 24, 2018 @ 9:49am
d