utama

Portugal hampir dikejutkan

Oleh Reuters

SARANSK: Portugal mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia walaupun terikat 1-1 dengan Iran dalam aksi terakhir Kumpulan B selepas Cristiano Ronaldo gagal menyudahkan sepakan penalti.

Juara Eropah itu yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak, mendahului menerusi jaringan Ricardo Quaresma pada minit ke-45.

Ronaldo mendapat peluang untuk menjarakkan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-51, tetapi penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand berjaya menyelamatkan sepakan bintang Real Madrid itu.

Karim Ansarifard menyamakan kedudukan buat Iran pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti yang diberikan selepas pengadil melihat semula rakaman video.

Bagaimanapun, Portugal menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua dan berkongsi lima mata dengan pasukan tangga teratas, Sepanyol yang terikat 2-2 berdepan Maghribi.

Portugal akan berdepan juara Kumpulan A, Uruguay pada pusingan 16 terakhir.

Disiarkan pada: June 26, 2018 @ 4:48am
d