mutakhir

Sakura utara

Oleh Syahid Sokri

Alor Setar: Keadaan sepanjang jalan di beberapa lokasi di negeri ini bertukar wajah seperti musim bunga sakura di Jepun apabila pokok tekoma berbunga lebat berikutan musim panas kebelakangan ini yang mengindahkan pemandangan kawasan sekitar.

Tinjauan mendapati pokok berasal dari Amerika Selatan berkenaan mengeluarkan bunga merah jambu (rabebui rosea) dan putih (tabebuia pentaphylla) menyerupai bunga sakura yang mampu bertahan hampir dua minggu.

Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berkata, ia adalah tahun kedua persekitaran bandar raya itu dihiasi dengan keindahan bunga tekoma yang luruh berikutan musim panas dan kering ketika ini.

“Musim bunga tekoma mekar ini berlangsung selama dua minggu setiap tahun sejak ia mula ditanam di Bandaraya Alor Setar sejak 15 tahun lalu.

“Pokok bunga tekoma mengambil masa antara empat hingga lima tahun untuk mengeluarkan bunga dan Alor Setar mempunyai lebih 300 pokok itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: March 11, 2015 @ 7:54am
d