mutakhir

Pulau percutian Terengganu sesak

Oleh Zaid Salim dan Mohamad Ishak

PULAU Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas di Terengganu sesak menerima kehadiran pelancong dengan bilik hotel dan chalet habis ditempah berikutan cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Awal Muharam berterusan hingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Limpahan pelancong yang tidak diduga ke pulau-pulau peranginan di Terengganu dan ke Tasik Kenyir termasuk dari luar dan penduduk tempatan turut mengambil peluang sempena cuti umum yang panjang untuk berkunjung ke lokasi tersohor di negeri ini.

Bagi yang bijak, mereka membuat tempahan awal bilik hotel dan chalet sama ada di pulau-pulau atau di tanah besar untuk mengelak kekecewaan manakala bagi penduduk tempatan, mereka berkunjung bersama keluarga secara balik hari.

Malah, ada pelancong yang tiba di Terengganu terpaksa bermalam dalam kereta sementara menunggu pagi berikutan penginapan chalet, hotel, hotel bajet mahupun inap desa dipenuhi pelancong yang mengambil kesempatan bercuti di negeri Pantai Timur itu.

Tinjauan di Jeti Pulau Kapas Marang mendapati pelancong ke pulau berkenaan sebilangan besarnya dari beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Johor Bharu, Melaka dan Kuala Lumpur.

Pengusaha bot, Zakaria Sulong, 58, berkata, kemasukan pelancong ke Pulau Kapas kali ini berlipat kali ganda berbanding hari biasa.

“Berdasarkan tempahan bot, pelancong yang masuk ke Pulau Kapas saya boleh anggarkan antara 800 hingga 1,000 sehari dalam tempoh cuti selama empat hari ini dan kebanyakan mereka adalah pelancong dari luar Terengganu,” katanya.

Zakaria yang sudah 27 tahun mengusahakan bot pelancong Jeti Pulau Kapas berkata, bilangan berkenaan adalah di luar jangkaannya.

Beberapa faktor Pulau Kapas menjadi pilihan pelancong khusus pelancong ‘balik hari’ adalah kerana jarak pulau dengan tanah besar yang hanya mengambil masa perjalanan bot selama 15 minit sahaja.

“Jarak yang dekat membolehkan mereka yang berada di pulau boleh keluar pada bila-bila masa jika ada kecemasan atau urusan di bandar selain boleh balik hari jika dibandingkan dengan Pulau Perhentian atau Pulau Redang.

Pelancong, Norhafifi Saari, 30, dari Tampin, Negeri Sembilan berkata, Pulau Kapas menjadi pilihannya kerana ia lebih dekat dengan tanah besar, selain persekitaran pulau yang bersih dan harga chalet yang berpatutan,” katanya yang bercuti bersama ibu dan isteri serta dua anak berusia lima dan tiga tahun.

Katanya, selain harga chalet, makanan dan persekitaran yang bersih, tambang bot yang dikenakan sebanyak RM40 untuk dua hala sangat berpatutan.

Di Kuala Besut, Pulau Perhentian menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara menyebabkan semua chalet dan penginapan biasa di pulau berkenaan penuh sejak seminggu lalu.

Tinjuan NSTP mendapati, cuaca buruk yang melanda Terengganu sejak kebelakangan ini tidak menjejaskan kehadiran pelancong di pulau itu malah cuti panjang minggu ini menyebabkan kehadiran mereka bertambah setiap hari dan dijangka berterusan sehingga cuti Hari Malaysia.

Pengerusi Pengusaha Bot Pelancong Kuala Besut, Mohd Khaizul Che Mohd Nor,40, berkata, pihaknya terpaksa meningkatkan perkhidmatan bot dan feri dari jeti Kuala Besut ke pulau itu berikutan peningkatakan juribuan pelancong datang setiap hari.

Katanya, pihaknya menyediakan 60 bot laju dan enam feri bagi membawa penumpang ke pulau itu bermula dari jam8 pagi hingga 7 petang setiap hari.

Pengusaha feri, Shuhaida Suhaimi, 30 berkata, perkhidmatan feri mendapat sambutan daripada pelancong kerana lebih selesa ketika mengharungi laut Cina Selatan disebabkan keadaan cuaca tidak menentu sekarang.

Katanya, syarikatnya yang menawarkan pekej pecutian termasuk pengangkutan dan penginapan di pulau kini menghadapi masalah kerana semua chalet di pulau habis ditempah.

Sementara itu, Jabatan Laut Malaysia merekodkan hampir 10,000 pelancong dari dalam dan luar negara mend

From: Rosli

Disiarkan pada: September 12, 2018 @ 1:22pm
d