mutakhir

Inti pati Belanjawan 2019

Oleh BERNAMA

BERIKUT ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.

  • ​​Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh Kerajaan terdahulu
  • Perincian hutang ini merangkumi RM725.2 bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP)
  • Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion sehingga 30 April 2018​​​​​​​​​​​​​​
  • Kerajaan juga mendapati bahawa negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi menyelesaikan hutang 1MDB ini​​​​​​​
  • Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM16 bilion​​​​​​
  • Kerajaan unjur Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) Berkembang 4.9 peratus pada 2019​​​​​​​
  • Kerajaan akan membentangkan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal pada 2021
  • Kerajaan akan membentangkan Akta Perolehan Kerajaan pada tahun depan
  • Kerajaan akan melaksanakan perakaunan akruan bagi menggantikan perakaunan asas tunai bermula 2021
  • Defisit fiskal 2018 dijangka mencapai 3.7 peratus disebabkan komitmen perbelanjaan kerajaan terdahulu​​​​​​
  • Kerajaan komited laksana langkah konsolidasi fiskal untuk kurangkan defisit kepada 3.4 peratus pada 2019, 3.0 peratus pada 2020 dan 2.8 peratus pada 2021
  • Kerajaan Persekutuan terus beri jaminan pembiayaan untuk projek infra yang sedang dalam pembinaan seperti MRT2 dan LRT3
  • Kerajaan akan mewujudkan pejabat pengurusan hutang untuk menyemak dan menguruskan hutang serta liabiliti kerajaan
  • Projek Landasan Berkembar Lembah Kelang 2 akan ditender semula melalui tender terbuka
  • 1MDB dan kerajaan Malaysia tidak akan membayar baki US$4.32 bilion kepada IPIC dan Aabar Investment PJS, dan akan menuntut pemulangan AS$1.46 bilion yang telah dibayar
  • ​​Hutang langsung Kerajaan Persekutuan mencatat RM687 bilion atau 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir 2017. Ia meningkat kepada RM725 bilion, atau 50.7 peratus dari KDNK pada Jun 2018
  • Hutang rasmi Kerajaan Persekutuan dijangka mencatat 51.8 peratus daripada KDNK pada 2019
  • Jumlah liabiliti akan berkurangan kepada 73.5 peratus tahun depan berbanding 74.6 peratus yang dijangka pada akhir 2018
  • Kerajaan akan mengurangkan pegangan dalam syarikat bukan strategik
  • Model Kerjasama Awam-Swasta akan dijalankan secara tender terbuka dan bukannya kaedah rundingan terus
  • Kerajaan merancang melaksanakan penjualan tanah secara berjadual dan berperingkat kepada pembida tertinggi bagi memaksimumkan hasil kepada kerajaan
  • Kerajaan akan mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang yang pertama di dunia
  • Kerajaan akan beri pengecualian cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan spesifik bermula 1 Jan, 2019
  • Kerajaan akan perkenalkan sistem kredit untuk potongan cukai mulai 1 Jan, 2019
  • Kerajaan mencadangkan perkhidmatan yang diimport dikenakan cukai perkhidmatan bagi memastikan penyedia perkhidmatan tempatan mendapat persaingan yang adil mulai 1 Jan, 2019
  • Penyedia perkhidmatan atas talian asing akan dikehendaki mendaftar dengan kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan mulai 1 Jan, 2020
  • Kerajaan akan lancar program khas Pengakuan Sukarela untuk pembayar cukai mengisytiharkan sebarang pendapat yang tidak dilaporkan
  • Malaysia akan melaksanakan Pertukaran Maklumat Secara Automatik dengan pihak percukaian lain yang membolehkan audit dan siasatan
  • Kerajaan akan mengkaji lebih 130 jenis skim fiskal sokongan pelaburan yang dikendali 32 agensi penggalakan pelaburan bagi memastikan insentif cukai relevan dan tiada pertindihan
  • Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah dinaikkan kepada 10 peratus daripada lima peratus bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap dalam tahun keenam dan ke atas
  • Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk warganegara dan penduduk tetap dinaikkan kepada lima peratus
  • CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik berharga di bawah RM200,000
  • Kadar duti setem bagi pemindahan hartanah bernilai lebih RM1 juta dinaikkan kepada empat peratus
  • Pilihan kadar cukai maksimum sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 akan dimansuhkan
  • Lesen kasino dinaikkan kepada RM150 juta setahun daripada RM120 juta setahun
  • ​​Duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus ke atas pendapatan kasar
  • Lesen mesin ‘dealer’ akan dinaikkan kepada RM50,000 setiap tahun daripada RM10,000 setiap tahun
  • Duti mesin judi dinaikkan kepada 30 peratus ke atas kutipan kasar
  • Kerajaan Persekutuan dijangka mengutip hasil sebanyak RM261.8 bilion pada 2019, merangkumi dividen khas Petronas sebanyak RM30 bilion
  • Kerajaan akan membenarkan platform penjanaan dana masyarakat yang dipacu sektor swasta sebagai alternatif pembelian rumah pertama dan dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti
  • Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
  • Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
  • Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
  • Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
  • Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun
  • Kerajaan memperuntukkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021 untuk menggalakkan peralihan kepada Industri 4.0
  • Perbadanan Produktiviti Malaysia akan menjalankan program Penilaian Kesediaan untuk bantu 500 syarikat PKS beralih kepada teknologi Industri 4.0
  • Sebanyak RM2 bilion akan disediakan menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi menggalakkan PKS membuat pelaburan dalam automasi dan pemodenan
  • Kerajaan menyediakan dana Transformasi Pendigitalan Industri dengan dana RM3 bilion dan insentif subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus
  • Kerajaan bercadang pengenaan cukai pendapatan pada kadar konsesi 10 peratus ke atas keseluruhan pendapatan statutori berkaitan aktiviti Hab Prinsipal bagi tempoh lima tahun
  • Kerajaan akan melaksanakan dana pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh institusi kewangan komersial sebanyak RM4.5 bilion dengan 60 peratus jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd
  • Kadar cukai pendapatan bagi syarikat berpendapatan bercukai sehingga RM500,000 dan PKS dengan modal berbayar kurang RM2.5 juta akan dikurangkan kepada 17 peratus daripada 18 peratus
  • Exim Bank akan menawarkan kemudahan kredit dan perlindungan takaful kepada pengeksport PKS berjumlah RM2 bilion
  • Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi menambah baik keupayaan industri PKS dalam industri halal
  • Skim Pembiayaan PKS patuh Syariah berjumlah RM 1 bilion akan disediakan untuk membiayai pengeksport produk halal oleh institut kewangan Islam dengan kerajaan memberi subsidi kadar keuntungan sebanyak dua peratus
  • Permodalan Usahawan Nasional Bhd akan sediakan peruntukan sebanyak RM200 juta bagi industri pemborongan dan peruncitan serta premis perniagaan untuk disewa
  • Sebanyak RM20 juta diperuntukan untuk kempen ‘Beli Barangan Malaysia’
  • Kerajaan memperuntukkan RM2.46 bilion bagi kerja menaik taraf dan memulihara landasan kereta api
  • Peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan bagi projek Zon Sempadan Khas Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Tanah seluas 380 ekar di Pulau Indah akan dijadikan Zon Perdagangan Bebas dan menjadi sambungan kepada Zon Bebas Pelabuhan Klang
  • Kerajaan akan laksanakan program Biodiesel B10 bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada 2019
  • Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit mendapatkan pengiktirafan sijil Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)
  • Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi penggunaan teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat
  • Kerajaan menyediakan peruntukan Insentif Pengeluaran Getah sebanyak RM50 juta bagi membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga getah kepada pekebun kecil
  • Sebanyak RM47 juta diperuntukkan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan; RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk program keusahawan dan latihan industri tani
  • Kerajaan menawarkan insentif Taraf Perintis sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus untuk 5 tahun bagi syarikat yang menghasilkan plastik mesra alam berasas bio-resin dan bio-polimer
  • Dana sebanyak RM2 bilion disediakan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau dengan Kerajaan menampung subsidi kadar faedah dua peratus bagi lima tahun pertama
  • Belanjawan 2019 memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding anggaran RM290.4 bilion pada 2018
  • Sebanyak RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
  • Peruntukan untuk Simpanan Luar Jangka pula berjumlah RM2.0 bilion.
  • Sektor ekonomi menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion, sektor sosial RM15.2 bilion, sektor keselamatan sebanyak RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran sebanyak RM3.2 bilion.
  • Disiarkan pada: November 2, 2018 @ 7:56pm
    d