mutakhir

Ajal dihempap forklift 5 tan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

LELAKI berusia 30-an maut dihempap jentera angkat susun atau ‘forklift’ dipandunya dalam kejadian di Kampung Pasir, Semenyih, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan mengerikan selepas lehernya dihempap bingkai pada bahagian atas forklift berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 5.30 petang.

“Dua pegawai berserta tiga anggota dikejarkan lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat yang tersepit.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan teknik khas sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan,” katanya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada leher.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses selanjutnya sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Disiarkan pada: February 6, 2019 @ 10:27pm
d