global

Pakistan buka sepenuhnya ruang udara

Oleh AFP

ISLAMABAD: Pakistan membuka sepenuhnya ruang udara mulai semalam, selepas ditutup selama beberapa hari kepada semua penerbangan awam menyebabkan ribuan penumpang terkandas berikutan ketegangan dengan India.

Keputusan menutup ruang udara itu itu dibuat Rabu lalu, selepas pertempuran di udara antara pesawat tentera udara Pakistan dan India di Kashmir menyebabkan satu pesawat MiG21 India ditembak jatuh.

India mendakwa berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Pakistan namun dinafikan Islamabad.

“Semua lapangan terbang di seluruh Pakistan kembali beroperasi dan ruang udara sudah kembali dibuka sepenuhnya pada 0800 GMT,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan.

Penutupan ruang udara Pakistan itu menjejaskan penerbangan antara Eropah dengan Asia Selatan serta sebahagian Asia Tenggara.

Disiarkan pada: March 4, 2019 @ 5:40pm
d