arena

V Shem-Wee Kiong mandi peluh

Oleh Saiful Affendy Sapran

SELEPAS tamat aksi pusingan pertama, lima wakil negara berjaya meneruskan saingan ke pusingan kedua kejohanan badminton Seluruh England hari ini.

Lima wakil itu masing-masing dua daripada beregu lelaki serta campuran serta satu daripada perseorangan lelaki.

Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara selepas bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Ching Yao-Po Han 12-21, 21-16, 21-16.

Gandingan profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong juga terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan beregu Indonesia, Berry Angriawan-Hardianto 21-14, 17-21, 21-17.

Dalam acara beregu campuran pula, Goh Soon Huat-Shevon Lai tidak berdepan masalah menewaskan pasangan Indonesia, Ronald-Annisa Saufika 21-16, 21-11.

Namun pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara 19-21, 21-10, 22-20.

Sementara itu, perseorangan lelaki profesional negara, Liew Darren melepasi halangan ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon 21-13, 21-17.

Disiarkan pada: March 7, 2019 @ 10:41am
d