mutakhir

Tiga kantoi dadah di pulau peranginan [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu menahan tiga lelaki yang leka menghisap dadah dalam serbuan di sebuah pulau peranginan di negeri ini hari ini.

Dalam serbuan 3 pagi itu, AADK turut merampas pelbagai jenis dadah antaranya ganja, ketamin dan eramin 5.

Terdahulu, Pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) mengesan sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan di kawasan tepi pantai sebelum melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan itu, tiga lelaki berusia antara 29 hingga 30 tahun positif dadah dengan dua daripadanya positif ganja manakala seorang lagi positif ketamin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Terengganu, Wan Jalani Wan Ismail mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemuliharaan 1983 (Pindaan 1998).

“Tiga lelaki terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 9:10pm
d