mutakhir

Mengaku tidak bersalah edar dadah

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

SEORANG remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 25.19 gram.

Tertuduh, Muhammad Irfan Syazwan Zulkifli, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar bahan terlarang itu di belakang sebuah kedai santan di Jalan Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu, 12.20 tengah hari, 1 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 8 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Disiarkan pada: April 8, 2019 @ 5:09pm
d