mutakhir

ILHAM //19 ketengah karya seni warga UiTM [METROTV]

Oleh Iqhram Ahmad

SEBANYAK 140 hasil seni pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) dapat dilihat menerusi pameran ILHAM//19.

Pameran di Galeri Prima, Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur itu dibuka secara percuma kepada orang awam bermula 15 April hingga 24 Mei ini dari 10 pagi hingga 6 petang.

Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan, galeri dibuka dari 10 pagi hingga 5 petang.

Pameran itu dirasmikan Pengarah Hijjas Kasturi, Ar. Hijjas Kasturi.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi (COO) The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Yushaimi Maulud Yahaya serta Timbalan Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM, Dr Jamil Md Esa.

Pameran berkenaan hasil kerjasama pertama antara Galeri Prima dengan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM.

‘ILHAM' adalah tema pameran akademik Fakulti Seni Lukis dan Seni Bina UiTM sejak 1987 dengan penekanan diberikan untuk pameran kali ini adalah daripada segi sosial, sains semula jadi dan teknologi.

Antara 140 hasil seni dipamerkan adalah hasil daripada bidang seni halus, tekstil, seramik dan reka bentuk grafik.

Disiarkan pada: April 17, 2019 @ 11:16pm
d