Afrika

13 maut bumbung gereja runtuh

Oleh AFP

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 13 orang mati dan 16 yang cedera apabila bumbung sebuah gereja runtuh ketika upacara keagamaan di timur bandar Durban, Afrika Selatan.

Kemalangan itu berlaku pada petang semalam di bandar Dlangubo, utara Durban selepas dilanda hujan lebat.

"Bumbung bangunan runtuh disebabkan hujan lebat malam tadi... ketika ini jumlah kematian adalah 13 orang," kata jurucakap jabatan hal ehwal tradisional wilayah, Lennox Mabaso.

"13 maut, 16 orang menerima rawatan paramedik," tulis jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah Kwa-Zulu Natal, Robert McKenzie.

Disiarkan pada: April 19, 2019 @ 6:36pm
d