HADIRLAH sebanyak manapun busana moden dpasaran, sukar menafikan baju tradisional Melayu seperti baju kurung tetap tidak lapuk ditelan zaman. Malah dengan suntikan elemen moden, pakaian tradisi ini sentiasa menjadi pilihan wanita untuk digayakan sepanjang masa, apatah lagi pada musim perayaan.
Menyedari hakikat itu, butik Al Ajmal terus mengekalkan tradisi itu dengan menyediakan pilihan busana tradisional yang bukan saja klasik, cantik dan anggun, tetapi sopan dan manis apabila digayakan.
Diilhamkan oleh Rozita Mat Reshad, butik itu mahu terus mengetengahkan fesyen pakaian tradisional Melayu, malah dengan kehadiran ratusan butik Muslimah tidak menjejaskan fokusnya dalam pengeluaran busana berkenaan.
“Usahawan jubah memang ramai, namun usahawan pakaian yang berkonsepkan busana asli boleh dikira dengan jari. Jika usahawan lain memilih konsep jubah dan abaya, saya lebih selesa mengetengahkan busana Melayu.
“Saya tidak mahu busana Melayu hanya dikenali sebagai pakaian hari raya. Ia sesuai digayakan ke pejabat dan tentu sekali ke majlis rasmi serta kenduri.
“Kurung Pahang misalnya tidak canggung dijadikan pakaian ke pejabat. Lebih cantik lagi jika digayakan dengan padanan aksesori yang sesuai seperti kerongsang, kancing, sulaman dan selendang,” katanya.
Rozita berkata, kekuatan butik itu terletak pada pemilihan fabrik yang digunakan, malah baginya kualiti perlu diberi keutamaan untuk terus mendapat tempat di hati pelanggan.
Justeru, dia memantau setiap proses daripada pemilihan bahan hingga ke rekaan dan memastikan pelanggan dapat memakai pakaian cantik dengan harga mampu milik.
Koleksi yang ditawarkan mengetengahkan fabrik kapas dan satin berkualiti tinggi dengan corak serta kombinasi warna terkini. “Baju kurung adalah fesyen sepanjang zaman.
Tidak bermusim, menjadi
pilihan wanita yang
berkerjaya sepanjang masa.
“Bukan saja dipakai
pada hari perayaan, tetapi
juga pada pelbagai majlis
dan ke pejabat. Lagipun
fesyen ini tidak terlalu
menyerlah untuk mereka
yang ingin mengekalkan
identiti Melayu asli,”
katanya.
Menurutnya, keunikan
busana keluarannya
terletak pada penggunaan
pola dan rekaan sendiri
untuk potongan saiz
standard wanita Malaysia
bagi memastikan pemakai
terasa baju itu ditempah
secara khusus untuk
dirinya.
Tambahnya, rekaan baju
di butik itu menggunakan
dua kali jahitan (tindih
kasih) yang antitetas
walaupun pemakainya
seorang yang lasak.
Setiap tahun, butik itu
akan mengeluarkan stok
baru dengan corak terkini
dan edisi terhad kerana
tidak akan mengulang
tempahan rekaan sama
berulang kali.
Dari segi penggunaan
fabrik, kapas Inggeris
menjadi pilihan untuk
rekaan kurung moden dan
mini yang direka berzip di
hadapan atau belakang.
Selain itu, fabrik
sakura polos dengan 40
pilihan warna pastel
dan terang bagi koleksi
kurung Pahang atau Riau
yang sesuai untuk setiap
golongan daripada usia
remaja hingga wanita
dewasa.
Menawarkan saiz
bermula XS hingga XXL,
koleksi itu boleh didapati
pada harga mampu milik
iaitu antara RM59 hingga
RM99.