rap

Hairul dan Hanis dapat anak kedua

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PASANGAN pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dikurniakan cahaya mata kedua selepas Hanis selamat melahirkan bayi perempuan jam 5.59 petang hari ini.

Hairul, 30, turut berkongsi foto dua bersama bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Hairul Azreen itu di Instagram.,

"Assalamualaikum. Saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira. Di bulan Ramadan ini, isteri saya, Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah binti Hairul," tulisnya.

Menurutnya, anak kedua ini juga dilahirkan pada hari Jumaat, sama seperti anak sulung mereka, Yusuf Iskandar.

"Dua-dua anak daddy lahir hari Jumaat," tulisnya.

Perkongsian itu menerima lebih 240,000 'likes’ dalam tempoh satu jam pertama di samping lebih 10,500 komen daripada netizen dan rakan-rakan artis.

Antara rakan-rakan artis yang menulis komen ucapan tahniah di Instagram Hairul ialah Mira Filzah, Elfira Loy, Shukri Yahaya dan ramai lagi.

Disiarkan pada: May 24, 2019 @ 9:16pm
d