mutakhir

Banjir kilat di Kulim

Oleh Nor Farhani Che Ad

SERAMAI 25 mangsa terjejas selepas rumah mereka di tiga kampung di Mahang, dekat Kulim dilanda banjir kilat, semalam.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Ulu Mahang B dan C serta Kampung Paya.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.05 malam semalam.

“Hujan lebat selama sejam sejak 7.30 malam menyebabkan kawasan Ulu Mahang dilimpahi air sehingga paras hampir setengah meter.

“Tindakan pemantauan dilakukan di kawasan kejadian banjir oleh empat anggota APM Kulim,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan info dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kejadian banjir kilat di kawasan itu juga berlaku disebabkan beberapa faktor lain termasuk keadaan hujan yang di luar jangkaan.

“Kawasan di hulu Gunung Inas masih terdapat kesan lama pembalakan.

“Malah, tanah bukit masih terdedah kepada hakisan cerun berlumpur serta dasar sungai Mahang yang cetek menjadi punca banjir kilat berlaku,” katanya.

Disiarkan pada: May 25, 2019 @ 10:54am
d