arena

Kenny bantu Great Britain

Oleh Agensi

JUARA enam kali Olimpik, Jason Kenny membantu Great Britain memungut gangsa dalam acara pecut berpasukan lelaki di Sukan Eropah, Minsk.

Kenny dan rakan sepasukannya Jack Carlin serta Ryan Owens menamatkan perlumbaan dengan cacatan 43.020 saat.

Penyandang juara dunia, Belanda memenangi pingat emas, mengatasi Perancis dengan cacatan masa 42.385 s.

Terdahulu, pasukan wanita Great Britain menamatkan perlumbaan di tempat kedua terpantas dalam saingan kelayakan bagi acara berpasukan pursuit.

Kuartet British membabitkan gandingan Jessica Roberts, Megan Barker, Jenny Holl dan Josie Knight mencatat 4:22.865 s. Itali menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan 4:22.865 s.

Disiarkan pada: June 28, 2019 @ 5:14pm
d