global

Kepulauan Mariana, Sulawesi bergegar

Oleh BERNAMA

SATU gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Mariana di Lautan Pasifik malam tadi manakala gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku di pulau Sulawesi, Indonesia, awal pagi ini.

Menurut, kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini, gempa di Kepulauan Mariana yang berlaku 1,778km selatan dari Yosuka, Jepun itu pada 11.51 malam tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi di Sulawesi yang berlaku 210km utara dari Kendari, pada pukul 2.07 pagi ini juga tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 9:32am
d