global

Duduk 5 hari atas tandas

Oleh Agensi

BRUSSELS: Seorang pelatih pemandu bas di Belgium sanggup duduk di atas mangkuk tandas selama lima hari dengan harapan dapat mencipta rekod dunia.

Pada asalnya, Jimmy De Frenne, 48, mencabar diri untuk duduk selama 165 jam di atas tandas sebuah bar di Ostend, namun menyerah kalah pagi kelmarin selepas 116 jam.

Menurut Gulf News, tandas itu tidak berfungsi dan diletakkan dalam bar berkenaan khas untuk De Frenne melakukan cabarannya.

Bar itu beroperasi sepanjang tempoh berkenaan bagi membolehkan keluarga dan rakan De Frenne melawatnya.

Dia dibenarkan berehat selama lima minit setiap jam, termasuk ke tandas.

Lelaki itu mengakui cabaran terbabit amat memenatkan dan berkata ada individu lain pernah membuat cabaran sama selama 100 jam.

De Frenne berkata, Rekod Dunia Guinness menyedari pencapaian itu dan pegawai tempatan bersama saksi kini membuat pemeriksaan untuk mengesahkan rekod itu.

Disiarkan pada: July 14, 2019 @ 2:03pm
d