global

Rakyat Palestin mati ditembak Israel

Oleh AFP

BAITULMAQDIS: Seorang rakyat Palestin mati ditembak tentera Israel apabila didakwa menyeberang sempadan Gaza ke Israel.

AFP melaporkan, dia didakwa melepaskan tembakan ke arah tentera mereka sebelum mencetuskan tembakan balas yang menyebabkannya terbunuh dan tiga anggota tentera cedera.

Tentera itu berkata, kereta perisai Israel turut menyasarkan kedudukan tentera Hamas dalam kejadian itu.

Ketegangan berlaku di sempadan Gaza sejak protes harian dan pertempuran pada Mac 2018.

Sekurang-kurangnya 297 rakyat Palestin terbunuh di Gaza atau kawasan sempadan dan sebahagian besarnya ditembak ketika demonstrasi dan pertempuran.

Disiarkan pada: August 1, 2019 @ 1:50pm
d