global

Budak 5 tahun tembak adik

Oleh Agensi

TEXAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dipercayai menembak adiknya yang berusia 4 tahun hingga mati ketika ibu mereka sedang tidur, dalam kejadian di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat kelmarin.

ABC News yang memetik polis berkata, mereka menerima laporan awal bahawa mangsa ditembak oleh salah seorang adik beradiknya sebelum dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia.

Menurut pihak berkuasa, mangsa dikenal pasti sebagai Truth Albright.

Jurucakap polis, Jimmy Pollozani berkata, ahli keluarga lain tidak mengalami kecederaan dan kejadian berlaku ketika ibu mereka tidur di bilik berasingan.

Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan polis masih menyiasat sama ada kejadian itu dilakukan secara tidak sengaja, katanya.

Disiarkan pada: September 17, 2019 @ 1:46pm
d