global

10 maut dalam serangan bom

Oleh AFP

KABUL: Serangan bom kereta yang mensasarkan bangunan perkhidmatan perisikan di Qalat, selatan Afghanistan, hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut.

Kejadian itu turut mencederakan 85 orang serta menyebabkan sebuah hospital di Zabul musnah, kata gabenor wilayah Zabul, Rahmatullah Yarmal kepada AFP.

Jurucakap Taliban, Qari Yousuf Ahmadi kemudian mengeluarkan kenyataan mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu yang menyasar Direktorat Keselamatan Negara.

Peningkatan serangan berlaku selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membatalkan pertemuan dengan Taliban awal bulan ini.

Siasatan dilakukan BBC pada Isnin lalu mendakwa secara purata, seramai 74 orang dibunuh setiap hari pada Ogos lalu dengan 611 kejadian yang menyebabkan 2,307 kematian.

Disiarkan pada: September 19, 2019 @ 1:04pm
d