global

Ben Ali meninggal dunia

Oleh Agensi

RIYADH: Bekas Presiden Tunisia yang hidup dalam buangan, Zine El Abidine Ben Ali dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi semalam.

Zine berusia 83 tahun.

Al Jazeera melaporkan, pemimpin itu dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital sejak tiga bulan lalu akibat kanser prostat yang dihidapinya.

“Ben Ali baru meninggal dunia di Arab Saudi,” kata peguam keluarganya, Mounir Ben Salha kepada Reuters.

Menteri luar Tunisia turut mengesahkan kematian pemimpin itu.

Zine melarikan diri dari Tunisia pada Januari 2011 dalam pemberontakan rakyat yang mencetuskan Arab Spring’.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 12:31am
d