global

Bantal kucing tanpa kepala tenangkan hati

Oleh Agensi

TOKYO: Sebuah syarikat kejuruteraan Jepun mencipta robot kucing tanpa kepala, Qooboo untuk menenangkan pemiliknya.

Robot seperti bantal itu bertindak balas terhadap sentuhan dengan menggoyangkan ekornya yang berupaya meniru gerakan keanjalan dan elegan haiwan.

Memetik laporan Daily Mail, robot ciptaan Yukai Engineering itu didapati berkesan untuk melegakan kebimbangan, kemurungan dan keletihan.

“Apabila dibelai, robot itu menggoyangkan ekornya. Ia bentuk komunikasi yang boleh menghiburkan hati seperti haiwan,” jelas Yukai Engineering dalam kenyataannya.

Peranti itu dihasilkan menerusi kempen Kickstarter yang berjaya mengumpul dana sebanyak 12.3 juta yen (RM503,160).

Syarikat berkenaan sudah menghantar lebih 900 unit kepada penyokong kempen itu dan berjaya menjual lebih 10,000 unit pada pameran perdagangan Berlin baru-baru ini.

Disiarkan pada: September 28, 2019 @ 11:43pm
d