mutakhir

1MDB: 80 individu, entiti dapat notis kompaun [METROTV]

Oleh BERNAMA

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta dipercayai daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Beliau berkata individu dan entiti yang menerima kompaun itu diberi tempoh dua minggu untuk memulangkan wang berkenaan.

Latheefa berkata secara purata individu terbabit menerima wang serendah RM500,000 sehingga RM25 juta, sementara entiti terlibat menerima wang sehingga RM134 juta.

Disiarkan pada: October 7, 2019 @ 11:30am
d