mutakhir

Cikgu imbau zaman belajar

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Suasana ceria dan meriah mewarnai Sambutan Hari Guru sekolah-sekolah daerah ini apabila guru-guru hadir dengan memakai pakaian seragam sekolah sebelum diraikan dengan suapan pulut kuning dan segelas air sirap, sekali gus membangkitkan pengalaman silam, semalam.

Tinjauan Harian Metro di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang di sini, ketibaan lebih 70 guru yang lengkap dengan pakaian seragam menaiki bas sekolah menerima tepukan gemuruh lebih 1,000 pelajar sebaik mereka muncul di pekarangan sekolah itu.

Seorang guru, Asma Saad, 39, berkata, beliau teruja dengan acara dianjurkan pihak sekolah kerana secara tidak langsung mengembalikan nostalgia zaman persekolahan yang pernah dilaluinya, lebih 15 tahun lalu.

“Hari ini (semalam) saya melakukan kembali apa yang pernah dilakukan lebih 15 tahun lalu dengan bangun awal untuk bersiap dengan pakaian sekolah sebelum berkejar menaiki bas supaya tidak tertinggal.

“Sebagai manusia, kita mempunyai sejarah hidup yang perlu dikenang dan dengan berpakaian seragam ini, ia memberi peluang kepada saya dan rakan untuk kembali menyusuri zaman remaja,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 19, 2015 @ 8:05am
d