ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hopital Bintulu. FOTO ihsan PDRM
Oleh Abd Rahman Adam
abdulrahman@hmetro.com.my


Bintulu: Seorang eksekutif lelaki warga Jepun ditemui mati dipercayai menggantung diri di bandar ini, jam 9 pagi tadi.

Mayat Tekasue Jue, 37 yang bekerja di sebuah kilang terkemuka di Zon Perindustrian Samalaju dekat sini, ditemui oleh kakitangan hotel bajet di sini.

Kakitangan hotel terbabit kemudian menghubungi pemilik hotel sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sekeping nota tulisan tangan mangsa berhubung rasa kecewa tidak dibenarkan pulang ke Jepun ditemui di bilik berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Sceng mengesahkan kejadian itu.

  Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Bintulu,di sini, untuk bedah sias

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 12:42 PM