mutakhir

Ajal dihempap kayu balak

Oleh Ibrahim Isa

PEMANDU lori maut apabila dihempap kayu balak ketika membuka tali pengikat kayu di tempat kerjanya di Jalan Evergreen, Parit Raja, di Batu Pahat, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Shalneeraj Abdulah berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan jam 9.19 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi.

“Apabila tiba, kami diberitahu mangsa yang juga pemandu dikenali sebagai Noradi Wahasi, 48, dihempap sebatang kayu balak yang jatuh ketika membuka tali pengikat kayu balak.

“Bagaimanapun, mangsa sudah dikeluarkan orang awam sebelum kami tiba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

“Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 9.58 pagi,” katanya.

Disiarkan pada: December 14, 2019 @ 1:16pm
d