mutakhir

Pemandu kren cedera [METROTV]

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

LELAKI cedera selepas kren dipandunya pandunya terbabas sebelum terbalik di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan malam tadi.

Kejadian 10.30 malam itu menyebabkan mangsa yang 31 tahun itu terperangkap di tempat duduk pemandu sebelum diselamatkan anggota bomba.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kren berkenaan melalui jalan berbukit dan kemudiannya jentera itu tidak stabil hingga menyebabkannya terbalik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.36 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati seorang lelaki dalam keadaan separa sedar berada di bahagian pemandu.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang cedera ringan sebelum membawanya turun dengan menggunakan tangga setinggi 11 meter dan peralatan khas.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak pegawai perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Disiarkan pada: January 4, 2020 @ 8:59am
d