TIGA kanak-kanak yang ditemui. FOTO Rosliza Mohamad
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Tiga kanak-kanak berusia diantara sembilan hingga 13 tahun yang dilarikan seorang lelaki yang dipercayai untuk diculik ditemui di sekitar Stadium Sultan Muhammad IV, kira-kira 1.30 pagi tadi.

Sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan dibawa bersiar-siar oleh suspek yang berusia 29 tahun itu di sekitar bandar Kota Bharu, Rantau Panjang, Bachok dan Gua Musang selama 48 jam.

Selepas pulang ke Kota Bharu, tiga mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel sebelum polis membuat serbuan pada 12.20 tengah malam tadi, selepas ibu seorang daripada kanak-kanak membuat laporan kehilangan anaknya pada 24 Mei lalu.

Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti latar belakang suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 8:35 PM