arena

Dua beregu lakar kejutan

Oleh Saiful Affendy Sapran

BEREGU lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melakar kejutan pada pusingan pertama Masters Thailand di Bangkok hari ini.

Gandingan negara yang tidak diletakkan selaku pilihan itu menewaskan pilihan ketiga kejohanan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seung Jae 21-11, 21-18.

Turut melakar kejutan dan mara ke pusingan kedua gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan pilihan kelima dari China, Han Cheng Kai-Zhou Hao Dong 21-17, 21-18.

Dua perseorangan lelaki negara, Soon Joo Ven dan Cheam June Wei pula berjaya melepasi pusingan kelayakan untuk menempah tiket ke pusingan pertama.

Joo Ven menewaskan Lucas Claerbout dari Perancis 19-21, 21-15, 21-19 pada perlawanan kelayakan pertama sebelum menewaskan rakan senegara, Soo Teck Zhi 21-19, 21-11 pada perlawanan kelayakan kedua.

June Wei pula menewaskan wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-13, 21-15 pada perlawanan pertama sebelum mengatasi pemain Taiwan, Lu Chia Hung 21-8, 21-15 untuk mengesahkan tempat ke pusingan pertama.

Joo Ven akan bertemu Ygor Coelho di pusingan pertama manakala Kenta Nishimoto dari Jepun menjadi lawan yang akan ditemui June Wei pada peringkat sama.

Disiarkan pada: January 21, 2020 @ 8:59pm
d