mutakhir

Jenazah budak jatuh dikebumi di Kelantan [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

JENAZAH seorang kanak-kanak perempuan yang maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan kuarters guru di sekolah asrama di Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam, akan dikebumikan di Rantau Panjang, Kelantan, hari ini.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak berusia tiga tahun itu disolatkan di Masjid Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Gombak, hari ini.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid dengan kebanyakan orang ramai serta saudara mara yang hadir pada solat jenazah dilihat menangis.

Usaha wartawan mendapatkan komen ahli keluarga mangsa tidak berjaya apabila mereka enggan ditemu bual.

Harian Metro melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut, manakala kakaknya berusia enam tahun patah tangan dan kaki selepas mereka terjatuh dari tingkat empat kuarters guru berkenaan, semalam.

Kejadian itu disedari ibu mangsa yang juga seorang guru berusia 34 tahun selepas pulang ke rumahnya 5.30 petang.

Berita berkaitan

'Guna kerusi panjat balkoni'

'Adik maut, kakak cedera jatuh tingkat 4'

Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 3:06pm
d