mutakhir

Kan dah kena

Oleh Melvin Joni

SEORANG wanita ditahan ketika menjalankan kegiatan judi atas talian di kaki lima bangunan kedai di Jalan Tapang, Batu 7, Kota Sentosa di sini, semalam.

Suspek berusia 20 tahun dari Kampung Tabuan Lot itu dicekup oleh anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Kota Sentosa yang melakukan Ops Dadu kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek mengaku sebagai penjual judi atas talian.

Katanya, turut dirampas seunit telefon pintar, wang tunai RM30 serta sekeping kertas bertulis angka disyaki kata laluan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 4:49pm
d